Hotel Istana Ramadhan Buffet

Mencari buffet ramadhan dengan harga yang berpatutan di Kuala Lumpur?
Semestinya hanya di Hotel Istana.

Buffet Ramadhan Terbaik Di Kuala Lumpur!
Taman Sari Brasserie di Hotel Istana adalah restoran yang menyajikan makanan Halal yang menarik dan memenuhi citarasa orang Malaysia. Suasana berangin dan santai dengan ditapis pencahayaan semulajadi pada waktu siang dan pencahayaan dari lampu warna-warni di dalam Taman Sari Brasserie yang menarik perhatian dan memukau pandangan para tetamu yang datang pada waktu malam.
Bulan Suci Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Semestinya bulan ini tidak akan lengkap tanpa Iftar atau Buka Puasa.

Dari 8 Mei hingga 4 Jun 2019, Santapan Selera Ramadan di Taman Sari Brasserie akan menyajikan hidangan utama Hotel Istana - Kari Ikan Salmon Fish, Kambing Bakar 'Tok Pendek', Lemang, Satay dan banyak lagi.

Mereka juga menyediakan surau untuk tetamu yang beragama Islam bagi melaksanakan solat maghrib.
Lokasi Hotel Istana ini sangat strategik dan berhampiran dengan lokasi pengangkutan awam, amat sesuai bagi mereka yang ingin datang untuk merasai pengalaman berbuka puasa di sini tetapi tidak mempunyai kenderaan. Bagi yang datang menaiki kenderaan sendiri, di Hotel Istana mempunyai banyak tempat letak kereta.
Dapatkan Baucer Istimewa Santapan Selera Ramadan hanya RM120 bagi dewasa (harga normal - RM158).

Bagi kad kredit terpilih, terdapat juga diskaun 15%.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan atau anda yang ingin membeli Baucer Khas, sila hubungi 03 2141 9988/010 222 4717.

Comments