KUALA LUMPUR, 16 April
2019 – Me’nate Steak hub sememangnya sudah terkenal sebagai sebuah restoran
yang berkonsepkan makanan barat yang terbaik di kalangan masyarakat Malaysia. Sempena
Ramadan kali ini, Me’nate steak hub juga tidak ketinggalan turut serta dalam
memeriahkannya dengan promosi Ramadan. Kali ini Me’nate masih mengekalkan buffet
Ramadan untuk berbuka puasa yang menawarkan dan menyajikan sehingga 40 menu
hidangan dari pelbagai pilihan makanan.
Mengekalkan konsep tradisi, Me’nate menawarkan menu steak
dan barat sebagai pilihan utama sajian dengan istimewa Kambing Golek menjadikan taruhan untuk memuaskan para
pelanggan. Selain menu masakan barat, bagi memenuhi citarasa Ramadan, Me’nate
juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee
Kari, Laksa, Mee Goreng/Kueh Teow Digoreng Panas dan sebagainya selain hidangan
pencuci mulut kuih-muih tempatan. Setiap menu ini disediakan oleh Chef-Chef
yang berpengalaman dan pastinya pilihan yang tepat dimana kesemua adalah
mengikut pelbagai citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate.
Menariknya Pakej
Bufet Ramadan ini adalah ianya sangat
berpatutan dan berbaloi iaitu hanya RM79.90
untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berusia 5
tahun dan ke bawah tidak dikenakan bayaran.
Bagi pelanggan yang tidak dapat menyertai buffet Ramadhan untuk
berbuka puasa tetapi ingin menikmati Stik dan makanan barat di Me’nate, tidak
perlu khuatir kerana selepas jam 8:30 malam Restoran akan meneruskan operasi
ala carte seperti biasa.
Kelainan dan
keistimewaan RAMADAN 2019 kali ini bagi memenuhi permintaan pelanggan yang
menggemari daging premium, Me’nate memperkenalkan juga pakej makanan barat
premium iaitu hidangan FAMILY PLATTER. Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej
iaitu SET A PREMIUM FAMILY PACKAGE dan
SET B SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE dimana 1 set boleh dimakan 5-6 orang dengan
tawaran harga yang sangat berpatutan dan setiap pakej tersebut boleh dinikmati
seisi keluarga. Terdapat sehingga 11 menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY
PLATTER ini dan pelanggan diberikan akses PERCUMA ke hidangan buffet pemanis
mulut@dessert. Hidangan FAMILY PLATTER ini pastinya mengekalkan kualiti
penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk pelanggan merasai
keistimewaan yang di tawarkan oleh Me’nate pada kali ini. Kepada yang
berkeluarga inilah masanya untuk menikmati serta merasai pengalaman berbuka
puasa dengan hidangan enak yang disediakan untuk keluarga anda.
Bagi memeriahkan kempen Ramadan kali ini juga, Me’nate telah
melantik dua selebriti terkenal sebagai
IKON ME’NATE bagi membantu sebagai mempromosikan PAKEJ RAMADAN BUFET dan
FAMILY PLATTER. Selebriti tersebut adalah Shukri
Sahar atau dikenali sebagai Shuk Raja Lawak dan penyanyi serta pengacara Elly Mazlein atau popular dengan gelaran
‘Kak Lina Pompom’. Pemilihan mereka adalah disebabkan keserasian mereka apabila
bekerja bersama.
Ramadan Preview kali ini juga akan mamperkenalkan mereka
sebagai IKON ME’NATE dan pihak media
juga akan dapat menyaksikan kehebatan Syuk bergandingan Kak Lina Pompom
menunjukkan skill mereka didalam sesi memasak masakan makanan barat secara
live.
Me’nate juga menjemput para syarikat atau badan-badan
Korporat, syarikat persendirian dan individu yang ingin bekerjasama dengan
pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat
di Me’nate contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya
sepanjang Ramadan ini. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang
berminat.
Restoran Me’nate
Steak Hub mempunyai 5 (lima) cawangan yang terletak di Setapak, Bangi, Ampang,
Shah Alam serta di selatan negeri iaitu Johor Bahru. Kesemua cawangan ini menghidangkan pakej menu dan
konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. Restoran Me’nate Steak Hub juga
menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat
dengan selesa.
Comments
Post a Comment